gugup. aku cuba beranikan diri, dan terus mencuba.
walaupun sebenarnya takda apa untuk diperkatakan dengan 'dia'.
"past is past, let the new path leads the way" - itu mat salleh kata.
kalau aku yang kata, biar hanya senyum tawa yang menemani kita di saat kita berpaling ke belakang. lalu teruskan langkah menapak ke depan.
harini aku cuba beranikan diri untuk menyapa masa silam aku,
dan ternyata rasa hiba dulu telah hilang, tapi air mata yang mengalir ni menjadi tanda tanya.
mungkin air mata itu barangkali kerana aku risau peristiwa tu akan berulang lagi,
lantas membuat luka lama ku berdarah kembali.
aku tak mahu tu semua,
cukuplah dengan parut-parut kehidupan yang tak tertanggung ni.
tapi syukur lah dapat bertanya khabar, bergurau senda, berborak seketika.
ya, itu sudah cukup memadai.
aku cuma mahu ambil nafas sebentar, dan aku akan kembali menapak ke depan.
itulah yang jarang-jarang berlaku kepada hidupku kini,
aku sudah kurang mengintai masa silam aku.
harapanku, akan tiba satu saat aku sudah mampu ke depan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.
seluas langit harapan aku bentangkan.