Monday, January 31, 2011

yang engkau cari

jgn kau soal khilaf si dia bila engkau sendiri tidak terhitung khilafnya.
nafas engkau berbau dengki,
bayangan mata engkau diselubungi kabus benci,
angkuh kau dabik dada lalu menyapa alam bahawa engkau tiada cacat celanya.

pergi jahanam dengan apa mereka kata.

aku mahu dunia tahu,
terciptanya kita bukan untuk menyuluh kekurangan
terciptanya jua kita bukan untuk menghakimi.
baik buruk lebih kurang engkau dan aku, kita semua sama
jangan biar amarah menenggelamkan engkau.
kerana bila engkau alpa mencari kekhilafan, lambat laun tiada indahnya ciptaan Tuhan yang dapat kau lihat.