Monday, November 7, 2011

"tak mungkin kubermaya memberi segala
tapi aku hanya bisa buat apa yang terdaya"

aku cuba tuk jadi yang terbaik
untuk kesejuta kalinya,
diri ni cuma hamba yang hina dina
acapkali kuterlepas pandang benda yang paling kecil kau lakukan untukku

barangkali keegoanku yang tinggi melangit ni memakan diri
pernah sekali hamba Allah ni berkata pada ku,
"kau cermin diri kau, kau tanya. kenapa aku ego sangat?"
dan aku cuma terdiam seribu bahasa.

tapi kau tahu?
saban hari aku cuma kumpul keping-keping hati yang berderai
aku gam balik asal boleh
kenapa ada derita bila bahagia tercipta?
sipi-sipi diri ini rasa mahu sampai ke langit ketujuh
sekelip mata
aku jatuh tersungkur menyembah bumi

mata ku dikaburi janji-janji manis
hakikatnya saban hari aku diludah dengan kedukaan
bodoh, aku ni bodoh.

sedar tak sedar
apa yang menghancurkan aku telah menghasilkan aku yang sekarang ni
hati kecil ni makin keras macam batu lepas di gam banyak kali
yang kelakarnya, aku mampu tahan sampai sekarang.
kau boleh?

kadang-kadang aku fikir apa yang terjadi sekarang
hukuman duniawi untuk kekhilafan lampau.
nasib aku ke?
seluruh hati kuberikan
tapi kau balas dengan kekecewaan.
adil ke?

seumur hidupku Tuhan,
kebahagiaan yang kau beri tak pernah kekal lama.

canvas putih

hidup ni umpama canvas putih
Tuhan beri seorang satu
bagaimana kita mencorakkan canvas tu,
itu terpulang kepada kita.
adakala warna yang kita pilih tercalit dengan indah
adakala warnanya terpercik macam tu je
hasilnya kadangkala menajubkan dan memberi impak yang besar,
kadangkala juga, warna tu luntur begitu saja.

bukan saiz canvas yang menjadi masalah
semuanya bergantung kepada pelukis tu sendiri
karyanya pasti cantik, walaupun canvas tu kecil.
ada yang dapat canvas besar, tapi sayang hambar sekali karyanya.

biasa lah, semua pelukis pasti terconteng canvas mereka
kekhilafan tu sendiri yang kadangkala buat canvas tu jadi cantik.
dan seperti insan yang lain
semua pasti terpalit titik hitam
namun mereka yang bernasib baik pasti terjumpa pemadamnya.

sedih sekali bagi aku,
aku punya tak boleh padam.

Friday, July 15, 2011

tepuk dahi, tanya diri

perubahan adalah tetap.
bagaimana kita berdepan dengan perubahan, itu terletak dalam tangan kita
ia boleh rasa macam kematian,
atau ia boleh rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup.
kalau kita buka tangan kita,
longgarkan genggaman,
perubahan dapat dirasa seperti adrenalina yang sebenar.

ce pikior

fikir sejenak,
kenapa emphasiskan benda yang rumit
sekecil zarah
dalam lensa mikroskopik,
bila benda yang lagi indah jauh lebih nyata?
dulu,
aku selalu melihat sudut yang lebih gelap dalam hidup ni,
pesimis.
selalu butakan mata untuk cahaya yang terang.
tapi.. tu dulu!
hidup ni ada hitam dan putihnya
ada baik dan buruknya
biasalah tu.
kalau nak tengok benda yang buruk je, baik kau jangan hidup.
kita kena selalu tetapkan kepala otak ni,
yang setiap keburukan, kepayahan, kekecewaan
pasti terimplisit suatu kebahagiaan.
tapi kena ingat,
kebahagiaan tu sangatlah jelas,
jelas kalau tak kedekut untuk berkongsi,
jelas kalau tak dengki,
jelas kalau tak membenci.

Monday, July 4, 2011

sepatah dua kata

hello dunia!
lama tak berkarya kat blog ni, agak sibuk kebelakangan ni dengan sekolah blablabla tambah takde inspirasi yang datang lagi.
harap maaf, will be back bila free nanti!

Thursday, April 14, 2011

gunalah kanta pembesar untuk perjelaskan hidup anda

rimas
runsing
sakit kepala
sakit jiwa
exam midyear nak dekat dah
kau tambahkan lagi kusut dalam kepala otak aku ni
aku tanya apa yang kau nak
kau kata kau taktau, kau taktau.

payahnyaaaaaa hidup ni, kan senang kalau bab kali ni habis cepat sikit dan kita bole pergi ke bab yang seterusnya?
kau buat cerita ni jadi lagi kusut kau tau.
jalan cerita bab ni patutnya tak banyak air mata, tak banyak tanda tanya.
tapi apa yang aku nampak setiap baris ayat bab ni tergantung dengan tanda tanya,
banyak teka teki,
semua watak dalam bab kali ni, semua ada agenda sendiri.
si A, masih kekal begitu dan macam tak mahu kemana-mana,
si B, masih bingung dengan keputusan dia sendiri (dia penyebab bab cerita ni tak habis2 lagi)
si C, ahhh dia. dia masih ada setiap kali aku toleh belakang. dia la bahu yang aku cari bila aku menangis. tapi sayang, dia dah jadi sejarah. dan kau tahu kan aku takkan bukak buku lama :')

konklusinya, aku akan beritahu kamu bila sudah ada konklusinya ya?
apa yang jadi pada A, apa jadi pada B, dan aku pasti tak ade apa yang akan jadi pada C. bab kali ni masih berakhir dengan tanda tanya, semua salah si B tu lah. sendiri tak jelas dengan keputusan sendiri.

selamat malam dunia

Monday, April 4, 2011

lihatlah dunia, amboi


  minggu lepas sekolah ada buat minggu anti dadah, dan seperti biasa tiap2 tahun ada pertandingan sajak. jangan terkejut ye, muke sardin macam ni pun boleh bersajak tauuu. haha tahun2 lepas selalu cari sajak kat internet je, yang mana berkenan, terus disambar. tapi tahun ni, rasa macam nak sampaikan karya sendiri pulak.

 dengan berbekalkan dua hari sahaja sebelum pertandingan, sehelai kertas, sebatang pensel, dan juga beberapa kawan yang tak membantu langsung dalam menjadi sumber inspirasi (hehe), ini lah nukilan yang akhirnya dihasilkan dan dideklamasikan pada hari Rabu yang lepas, Alhamdulillah dapat tempat kedua.


Sedang kita rancak berirama dengan kehidupan,
Kulihat wajah kaku seorang pria gelandangan,
Terbaring di kaki lima,
Terbiar di tepi jalan,
Menunggu saat kematian.

Tika dulu hening malamnya disinari bulan purnama,
Semuanya tampak indah,
Sejuta kali mata mencelikkan diri,
Sejuta kali terpancar warna warni pelangi.

Kini, tiada lagi mimpi-mimpi indah wahai sahabat,
Semuanya punah,
Kerana kau,
Kau dadah durjana.

Dadah,
Dulu kaulah penawar,
Martabatmu dijunjung tinggi,
Kini, hadirmu bak najis semata,
Kau ratah tubuh anak-anak muda,
Hancur masa depan mereka,
Hancurlah masa depan negara.

Mari semua 1 Malaysia,
Bangkitlah,
Bangkit dari imaginasi dusta di alam nyata,
Hapuskan musuh no. 1 negara.

Kerana kau dadah durjana,
Anak-anak muda dimamah derita,
Dihambat penyesalan,
Dihantui kematian..


p/s: maaf ye, hujung2 ni bunyi macam lawak sikit, ade 1 Malaysia ape bagai (haha) tapi terpaksa masukkan jugak sebab tema tahun ni 1 Malaysia Membanteras Dadah. Tajuk sajak ni pun sama dengan tema sebab dah last minute taktau nak letak tajuk apa  -___-

pp/s: hadiah dalam gambar tu? tak seberapa lah sangat. dapat mug, dua buku latihan, dengan dua pen kilometrico. haha kira dah cukup bagus lah dari tahun2 lepas, bebalik dapat fail, test pad dengan pen je