
minggu lepas sekolah ada buat minggu anti dadah, dan seperti biasa tiap2 tahun ada pertandingan sajak. jangan terkejut ye, muke sardin macam ni pun boleh bersajak tauuu. haha tahun2 lepas selalu cari sajak kat internet je, yang mana berkenan, terus disambar. tapi tahun ni, rasa macam nak sampaikan karya sendiri pulak.
dengan berbekalkan dua hari sahaja sebelum pertandingan, sehelai kertas, sebatang pensel, dan juga beberapa kawan yang tak membantu langsung dalam menjadi sumber inspirasi (hehe), ini lah nukilan yang akhirnya dihasilkan dan dideklamasikan pada hari Rabu yang lepas, Alhamdulillah dapat tempat kedua.
Sedang kita rancak berirama dengan kehidupan,
Kulihat wajah kaku seorang pria gelandangan,
Terbaring di kaki lima,
Terbiar di tepi jalan,
Menunggu saat kematian.
Tika dulu hening malamnya disinari bulan purnama,
Semuanya tampak indah,
Sejuta kali mata mencelikkan diri,
Sejuta kali terpancar warna warni pelangi.
Kini, tiada lagi mimpi-mimpi indah wahai sahabat,
Semuanya punah,
Kerana kau,
Kau dadah durjana.
Dadah,
Dulu kaulah penawar,
Martabatmu dijunjung tinggi,
Kini, hadirmu bak najis semata,
Kau ratah tubuh anak-anak muda,
Hancur masa depan mereka,
Hancurlah masa depan negara.
Mari semua 1 Malaysia,
Bangkitlah,
Bangkit dari imaginasi dusta di alam nyata,
Hapuskan musuh no. 1 negara.
Kerana kau dadah durjana,
Anak-anak muda dimamah derita,
Dihambat penyesalan,
Dihantui kematian..
p/s: maaf ye, hujung2 ni bunyi macam lawak sikit, ade 1 Malaysia ape bagai (haha) tapi terpaksa masukkan jugak sebab tema tahun ni 1 Malaysia Membanteras Dadah. Tajuk sajak ni pun sama dengan tema sebab dah last minute taktau nak letak tajuk apa -___-
pp/s: hadiah dalam gambar tu? tak seberapa lah sangat. dapat mug, dua buku latihan, dengan dua pen kilometrico. haha kira dah cukup bagus lah dari tahun2 lepas, bebalik dapat fail, test pad dengan pen je
No comments:
Post a Comment