memiliki semuanya tidak membawa apa makna
melepaskan itulah nikmat segalanya
rasa macam sejenak lalu ku mengenalimu
rasa macam sebentar lalu ku mendakap dirimu
rasa macam sedetik lalu kau tinggalkan aku
ya, perit benar menghirup perpisahan
perit benar didakap kesedihan
perit benar dihambat penipuan
tapi lantas aku bangkit menepis segala ketidakmungkinan
masa terbang begitu pantas
dulu aku lemah
sekarang tidak lagi
ya, masa mematangkan kita semua
masa mengajar aku menjadi seorang yang tabah
masa mengajar aku untuk tidak berpaling ke belakang lagi
masa membuat aku tertawa dengan duka lara lalu
kawan-kawan,
hidup ini tiada apa yang perlu disesalkan
kerana kita hanyalah boneka kehidupan.
benar, memiliki semuanya tidak membawa apa makna
melepaskan itulah nikmat segalanya
No comments:
Post a Comment