Thursday, November 18, 2010

di sudut hati kecil ini

dan bila semua orang sedang rancak berirama dengan kehidupan mereka,
aku berasa ingin tahu
ingin tahu dengan apa?
masa silam.
tiba-tiba dunia seakan berhenti berputar untuk seketika
perasaan ni dah lama tak datang mengunjung.
hati kecil ni terdetik untuk berpaling kebelakang,
mengimbau kembali masa-masa lalu,
tak kira baik mahupun buruk
manis atau pahit
indah atau perit.
dan tiba-tiba tadi hati kecil ni terdetik bertanyakan,
apa yang akan terjadi sekiranya aku masih mengejar cita-cita tak kesampaian?
apa yang akan terjadi sekiranya aku masih menunggu dan berharap?
apa yang akan terjadi sekiranya aku memilih untuk bersamanya dan bukan si 'dia'?
apa yang akan berlaku?
soalan-soalan ni bermain di kotak fikiranku sejenak.

dan ya, baru tadi juga aku melihat album-album foto,
mengimbau kembali memori-memori yang sukar dicari ganti.
memori-memori dengan kengkawan yang pegang satu keping bahagian hati aku.
rindu tu jangan cakap lah,
tuhan saja yang tau.
aku akan cuba kekalkan keadaan sebagaimana yang sepatutnya
kita sama-sama cuba ye?
boleh?

2 comments:

  1. Indah sekali ayat ayat mu zaida..zaida memang bijak dan aunty sangat banga kerana ada gadis melayu seperti mu..tahniah and keep it coming..love,love

    ReplyDelete