Dulu hening malamnya disinari bulan purnama
Semuanya tampak indah bagai hampir sempurna
Sejuta kali mata mencelikkan diri
Sejuta kali terpancar warna warni pelangi.
Kini hening malamnya berembunkan air mata duka
Pernantiannya ditemani bantal basah..tapi sia-sia.
Tapi sia-sia.
Dan bila sinar fajar mula terbit,
Sang mata pun mencelikkan diri,
Pelangi yang dulunya indah makin kabur,
Semuanya tampak pudar,
Bagai hitam dan putih saja bila engkau tiada.
Hari berganti hari
tiap detik jantungnya berdegup dia tetap menanti,
Sejuta kali dia kata cinta,
Sejuta kali kau diam seribu bahasa.
Ya, diluar gembira. Tapi dalam hati kecilnya itu siapa yang tahu?
Dia bertopengkan senyuman bila dia sudah lumpuh dengan kekecewaan.
Dia cuba untuk tidak pakai emosi di kolar baju,
Tapi selalu saja dia gagal,
kerana dia rindu kamu.
Seminit kau ada untuknya,
Minit yang seterusnya kau hilang tanpa jejak.
Semakin berat anggapan terpikul di bahu
Namun engkau masih saja membisu.
Kau rantai dirinya dengan bermacam persoalan;
"apa yang kau mahu?
cintakah kau lagi padaku?
sayangkah kau lagi padaku?
kesahkah kau lagi padaku?
entah mengapa aku yang engkau mahu,
dan entah mengapa engkau yang aku cinta,
kadang-kadang rasa macam mungkin lebih baik kau kulepas saja."
Dia tidak mengerti bahasa bisu kau itu.
Dia cuma mahu jawapan.
Kalau kau cinta, kau kata kau cinta
Kalau kau kesah, buat cara kau kesah
jangan biar dirinya terus menanti macam si bodoh
dia masih boleh bersabar, menunggu, dan bersabar
kini air mata jadi temannya tidurnya,
dan bukan lagi kata-kata cinta kau yang mampu mengukir senyuman sebelum tidur
dia kata dia cinta kau
hanya engkau, tiada dua, tiada tiga.
Tapi kau? Kau macam mana pulak?
Saturday, March 19, 2011
Monday, January 31, 2011
yang engkau cari
jgn kau soal khilaf si dia bila engkau sendiri tidak terhitung khilafnya.
nafas engkau berbau dengki,
bayangan mata engkau diselubungi kabus benci,
angkuh kau dabik dada lalu menyapa alam bahawa engkau tiada cacat celanya.
pergi jahanam dengan apa mereka kata.
aku mahu dunia tahu,
terciptanya kita bukan untuk menyuluh kekurangan
terciptanya jua kita bukan untuk menghakimi.
baik buruk lebih kurang engkau dan aku, kita semua sama
jangan biar amarah menenggelamkan engkau.
kerana bila engkau alpa mencari kekhilafan, lambat laun tiada indahnya ciptaan Tuhan yang dapat kau lihat.

Sunday, December 12, 2010
heyy, masa silam.
gugup. aku cuba beranikan diri, dan terus mencuba.
walaupun sebenarnya takda apa untuk diperkatakan dengan 'dia'.
"past is past, let the new path leads the way" - itu mat salleh kata.
kalau aku yang kata, biar hanya senyum tawa yang menemani kita di saat kita berpaling ke belakang. lalu teruskan langkah menapak ke depan.
harini aku cuba beranikan diri untuk menyapa masa silam aku,
dan ternyata rasa hiba dulu telah hilang, tapi air mata yang mengalir ni menjadi tanda tanya.
mungkin air mata itu barangkali kerana aku risau peristiwa tu akan berulang lagi,
lantas membuat luka lama ku berdarah kembali.
aku tak mahu tu semua,
cukuplah dengan parut-parut kehidupan yang tak tertanggung ni.
tapi syukur lah dapat bertanya khabar, bergurau senda, berborak seketika.
ya, itu sudah cukup memadai.
aku cuma mahu ambil nafas sebentar, dan aku akan kembali menapak ke depan.
itulah yang jarang-jarang berlaku kepada hidupku kini,
aku sudah kurang mengintai masa silam aku.
harapanku, akan tiba satu saat aku sudah mampu ke depan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.
seluas langit harapan aku bentangkan.

Thursday, November 18, 2010
di sudut hati kecil ini
dan bila semua orang sedang rancak berirama dengan kehidupan mereka,
aku berasa ingin tahu
ingin tahu dengan apa?
masa silam.
tiba-tiba dunia seakan berhenti berputar untuk seketika
perasaan ni dah lama tak datang mengunjung.
hati kecil ni terdetik untuk berpaling kebelakang,
mengimbau kembali masa-masa lalu,
tak kira baik mahupun buruk
manis atau pahit
indah atau perit.
dan tiba-tiba tadi hati kecil ni terdetik bertanyakan,
apa yang akan terjadi sekiranya aku masih mengejar cita-cita tak kesampaian?
apa yang akan terjadi sekiranya aku masih menunggu dan berharap?
apa yang akan terjadi sekiranya aku memilih untuk bersamanya dan bukan si 'dia'?
apa yang akan berlaku?
soalan-soalan ni bermain di kotak fikiranku sejenak.
dan ya, baru tadi juga aku melihat album-album foto,
mengimbau kembali memori-memori yang sukar dicari ganti.
memori-memori dengan kengkawan yang pegang satu keping bahagian hati aku.
rindu tu jangan cakap lah,
tuhan saja yang tau.
aku akan cuba kekalkan keadaan sebagaimana yang sepatutnya
kita sama-sama cuba ye?
boleh?

Monday, November 15, 2010
tak tahu
harini malam ni sekarang ni rasa kosong sangat,
sampai air mata mampu menitis sendiri
entah apa yang disedihkan pun taktau lah.
rasa takut sangat,
takut ditipu
takut dipersiakan
takut dihampakan
takut kehilangan
hilang apa yang aku sayang
eh entah lah.
aku taktau apa kena dengan aku harini
rasa takut tu ada lagi
sedih
dikecewakan
rasa lain sangat harini
aku nak bangun esok dan nak rasa ni hilang
tapi susah betul nak tidur
aku macam nak luahkan apa yang aku tak puas hati
apa yang aku rasa lain tu
tapi apebendanya?
aku taktau, aku taktau.
air mata ni masih belum kering
akan kering ke menjelang pagi esok?
harap-harap.
eh kenapa dengan harini eh?
kalau kamu tahu,
bagitahu aku ye

menanti sebuah jawapan
ini cerita seorang insan
pada mata orang, hidupnya disuluh bahagia
hidupnya disiram warna warni keindahan
hidupnya bagai hampir sempurna tanpa ada penghujungnya
hakikatnya,
dia menghirup duka dalam gelak tawa
dia dikunci gelap dalam terang
dia ditelan sunyi dalam keramaian
dia dilemas resah dalam tenang
dia menggigil lemah
hari-harinya diselubungi air mata kedukaan
kedukaan yang dia sendiri tidak tahu kenapa
dia cuba cari kebahagiaan
dia nak tinggalkan rasa sedih semalam
tapi air mata selalu saja melumpuhkan dia
persoalannya,
kenapa datangnya dusta bila semuanya hampir sempurna?
kenapa datangnya air mata bila kita sudah hampir mampu tersenyum lebar?
kenapa datangnya gugup bila kita sudah hampir ke depan?
dia cuba cari jawapannya,
walaupun dia tau dia takkan jumpa.
dia bingung sebab rasa kesorangan
kesorangan dalam keramaian
seramai mana pun yang ada depan dia,
dia tetap jadi hamba abdi kesunyian.
dan apabila terpantul cahaya dalam cermin,
aku nampak diri aku dalam dia.

Saturday, November 6, 2010
cuba belajar
setiap insan takkan pernah terlepas dari mengukir kesilapan
benar, kita tak boleh ubah masa dan perbetulkan kesilapan tu
jadi kita cuma mampu belajar dari kesilapan
macam aku, aku belajar dari kesilapan.
kesilapan lampau mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih berguna
kesilapan lampau mengajar aku untuk tidak mudah mempercayai orang lain
kesilapan lampau membuka mata aku,mana satu kawan, mana satu bukan.
kawan yang sebenar jelah ada tak kira kita susah atau senang, dari situ kita boleh tau.
kesilapan lampau membuka mata aku yang hidup ni, takkan selalunya indah macam dunia mimpi.
bila kita sedar, baru lah kita tau yang akhirnya cuma beberapa orang je yang akan ada di sisi kita dalam ramai2 tu.
takpe, memang hidup ni tak seindah yang kita sangka, dan kesilapan lampau pun dah ajar aku untuk terus tabah.
memang jangan haraplah semua orang akan suka kita kan? mesti ada je yang dengki, ade je yang sakit hati.
takpe, kita sabar. kita tak perlu buktikan apa2. cuma biar diorang tau yang kita ni pon bole jadi orang yang berguna, ingat tu.
tapi kena ingat jugak, jangan pernah cuba jadi sempurna, sebab kita memang banyak cacat celanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)