Saturday, March 19, 2011

tapi sia-sia

Dulu hening malamnya disinari bulan purnama
Semuanya tampak indah bagai hampir sempurna
Sejuta kali mata mencelikkan diri
Sejuta kali terpancar warna warni pelangi.

Kini hening malamnya berembunkan air mata duka
Pernantiannya ditemani bantal basah..tapi sia-sia.
Tapi sia-sia.
Dan bila sinar fajar mula terbit,
Sang mata pun mencelikkan diri,
Pelangi yang dulunya indah makin kabur,
Semuanya tampak pudar,
Bagai hitam dan putih saja bila engkau tiada.

Hari berganti hari
tiap detik jantungnya berdegup dia tetap menanti,
Sejuta kali dia kata cinta,
Sejuta kali kau diam seribu bahasa.

Ya, diluar gembira. Tapi dalam hati kecilnya itu siapa yang tahu?

Dia bertopengkan senyuman bila dia sudah lumpuh dengan kekecewaan.
Dia cuba untuk tidak pakai emosi di kolar baju,
Tapi selalu saja dia gagal,
kerana dia rindu kamu.

Seminit kau ada untuknya,
Minit yang seterusnya kau hilang tanpa jejak.
Semakin berat anggapan terpikul di bahu
Namun engkau masih saja membisu.

Kau rantai dirinya dengan bermacam persoalan;
"apa yang kau mahu?
cintakah kau lagi padaku?
sayangkah kau lagi padaku?
kesahkah kau lagi padaku?
entah mengapa aku yang engkau mahu,
dan entah mengapa engkau yang aku cinta,
kadang-kadang rasa macam mungkin lebih baik kau kulepas saja."

Dia tidak mengerti bahasa bisu kau itu.
Dia cuma mahu jawapan.
Kalau kau cinta, kau kata kau cinta
Kalau kau kesah, buat cara kau kesah

jangan biar dirinya terus menanti macam si bodoh
dia masih boleh bersabar, menunggu, dan bersabar
kini air mata jadi temannya tidurnya,
dan bukan lagi kata-kata cinta kau yang mampu mengukir senyuman sebelum tidur

dia kata dia cinta kau
hanya engkau, tiada dua, tiada tiga.

Tapi kau? Kau macam mana pulak?

No comments:

Post a Comment